Setiap perintah yang kita kerjakan dan larangan Allah swt yang kita tinggalkan hendaklah semata-mata kerana Allah swt...
Bukan untuk mendapat pujian, sanjungan dari makhluk...
Setiap amal perbuatan yang kita lakukan hanyalah untuk mendapatkan keredhaanNya. Orang yang melakukan sesuatu untuk mendapatkan kepentingan duniawi dan kerana riak, maka dia adalah tergolong dalam golongan orang-orang yang munafik...Na'uzubillah.
Sabda Rasulullah saw ,
"Sesungguhnya Allah swt tidak melihat rupa paras dan harta benda kamu, tetapi Allah swt melihat hati dan amalan-amalan kamu". (HR Muslim).
Ikhlas membesarkan pahala amalan. Barangsiapa yang bersedekah walaupun sebiji tamar tetapi dengan niat untuk mendapat redha Allah, maka Allah akan memberi ganjaran yang besar untuknya. Sifat ikhlas itu ibarat semut hitam yang berjalan di atas batu hitam pada malam yang gelap gelita. Hanya Allah swt sahaja yang tahu. Ikhlas itu ialah rahsia Allah swt...
Dari Abu Umamah Al-Bahiliy r.anhu meriwayatkan bahawa Rasulullah saw telah bersabda, "Dari segala amalan; Allah swt hanya akan menerima amalan-amalan yang dilakukan ikhlas semata-mata untukNya yang bertujuan untuk mendapatkan KeredhaanNya sahaja. (HR Nasa'i).
Abu Hamid Al-Ghazali dalam Mukaddimah An-Niyyah Wal-Ikhlas Qash-Shidq berkata:
“Dengan hujah iman yang nyata dan cahaya al-Quran, orang-orang yang mempunyai hati mengetahui bahawa kebahagiaan tidak akan tercapai kecuali dengan ilmu dan ibadah. Semua orang pasti binasa kecuali orang-orang berilmu. Orang-orang berilmu pasti akan binasa kecuali orang aktif beramal. Semua yang aktif beramal akan binasa kecuali yang ikhlas”
Amalan tanpa niat adalah kebodohan..
Niat tanpa ikhlas adalah riyak dan sia-sia...
Allah swt berfirman tentang amal yang dimaksudkan selain daripada-Nya akan menjadi sia-sia:
“Dan Kami hadapi segala amal yang mereka kerjakan, lalu Kami jadikan amal itu sebagai debu berterbangan”
(Al-Furqan:23)
Secara ringkasnya dapat disimpulkan bahawa ikhlas sangat penting kerana ianya adalah:
1. Asas iman dan Islam.
2. Garis pemisah sama ada amalan atau kera-kerja diterima atau ditolak oleh Allah swt.
Kerja yang diterima oleh Allah swt mempunyai dua rukun iaitu:
a. Ikhlas atau niat yang betul.
b. Cara-cara beramal yang bertepatan dengan sunnah atau syara’.
Contoh-contoh amalan atau kerja yang bercampur dan tidak ikhlas semata-mata kerana dan kepada Allah swt:
1. Menuntut ilmu dengan tujuan meningkatkan profesionalisma atau kerjaya atau dipandang mulia oleh masyarakat.
2. Mengajar atau berbincang-bincang tentang ilmu pengetahuan dengan tujuan mendapat penghormatan dari kalangan ilmuan, mempertajamkan pemikiran, kepetahan berbicara atau melepaskan diri daripada kesunyian.
3. Menziarahi pesakit dengan tujuan agar ia sendiri diziarahi jika ia sakit nanti.
4. Melakukan kebaikan dengan tujuan supaya ia dikenali sebagai orang baik, berhati mulia, disegani dan dihormati.
Untuk mendatangkan sifat ikhlas dalam diri kita, pertama sekali hendaklah kita muhasabah diri, lihat amal perbuatan yang kita lakukan adakah semata-mata kerana Allah swt ..?
Banyak-banyaklah beristighfar andai terlintas sifat riak dan ujub, kerana syaitan akan sentiasa membolak balikkan hati kita..
Kemudian hendaklah memperbanyakan doa agar Allah swt mengurniakan kita kesucian dan keikhlasan niat dalam setiap amal perbuatan yang kita lakukan, Insya'Allah..
No comments:
Post a Comment