Wednesday, December 9, 2009

beriman kepada takdir Allah sebagai sumber kekuatan diri..

Kepercayaan Tauhid yang ditanamkan oleh Rasulullah saw membentuk akhlak penganutnya.. akhlak yang tabah dan teguh kerana tiada tempat untuk bergantung, tidak ada tempat untuk menyerah, tidak ada tempat untuk berlindung melainkan hanyalah kepada Allah satu-satunya...

Akhlak yang teguh ini dikukuhkan lagi dengan satu kepercayaan iaitu TAKDIR...

Segala sesuatu di alam ini , semenjak dari awal kejadian langit dan bumi, sehinggalah kepada penciptaan sehalus-halus makhluk, semuanya berlaku menurut perjalanan takdir yang ditetapkan Allah...

setiap sesuatu yang Allah ciptakan mempunya jangka waktu tertentu..

hidup ini pun menurut jangka waktu tertentu.. sampai masanya ajal menjemput..

kita tidak perlu takut, bimbang dan ragu-ragu dalam menghadapi hidup ini.

kerana betapa sukar pun hidup ini, ianya tidak lah lebih dari apa yang
telah Allah tentukan..

dan tidak juga kurang dari yang Allah telah tentukan..


Apabila iman telah teguh, maka kepercayaan kepada TAKDIR akan menumbuhkan keyakinan dalam diri yang cukup kuat dan mampu mendorong manusia untuk terus bertahan dalam melalui kegetiran dan kepahitan dugaan hidup..

kepercayaan kepada takdir bukanlah bererti kita akan menyerah kalah..

sebaliknya kepercayaan kepada takdir membuatkan kita yakin nasib kita hanya Allah yang tahu dan nasib ini boleh berubah pada bila-bila masa sahaja menurut kehendakNya.. kita di dorong keinginan untuk berusaha gigih dan keberanian untuk terjun ke tempat yang orang kebanyakkan takut untuk masuk.

Kita tidak takut untuk menegakkan kebenaran kerana kita tahu mereka yang memusuhi kita tidak mampu mengapa-apakan kita tanpa keizinan dariNya.. tiada yang kita takuti kecuali Allah.. kita menjadi orang yang merdeka.. orang yang berani.. dan paling mengembirakan kerana kita tidak perlu menafikan fitrah insan yang mencintai kebenaran..

Kita tidak takut untuk menginfakkan harta kita kerana kita tahu kita tidak akan menjadi fakir miskin tanpa keizinan dariNya... jadi kita akan bahagia dalam menginfakkan harta benda kita untuk Allah... mampu untuk bersedekah di waktu susah dan senang tanpa rasa menyesal..

Kita tidak takut hidup susah dalam berjuang kerana kita tahu kita tidak akan hidup susah tanpa izinnya... kita akan bahagia & puas dalam hidup yang berjuang mempertahankan keyakinan yang kita pegang.



siapa kata luka itu semestinya menyakitkan?

siapa kata sakit itu akan mematikan?

siapa kata tua itu menyebabkan lemah?


"Katakanlah : sekali-kali tidaklah ada yang akan menimpa
kami, kecuali apa yang telah dituliskan Allah untuk kami, dan kepada Allah lah
bertawakal orang-orang yang bertawakal."

(At-Taubah : 51)



cubalah fikirkan betapa besar pengaruh kepercayaan kepada takdir yang terungkap dalam ayat ini...

Saat Islam mula tersebar ke kota Makkah, pengikutnya sedikit.. Dari 4 orang, naik kepada 10 orang... 100 orang... dalam masa 13 tahun..

sedangkan pada masa itu kekuasaan di bawah Aristokrat yang turun temurun menggenggam kekayaan.. seluruh kekuasaan di tangan mereka. Adat istiadat jahiliyah, tradisi, susun lapis masyarakat, sosioekonomi dan politik semuanya mempunyai satu corak iaitu jahiliyah.


Ajaran Islam tumbuh di tengah-tengah masyarakat itu sendiri, suku Quraisy , penguasa Makkah.. tetapi tumbuhnya Islam menentag masyarakat itu.. Alangkah hebatnya...Subhanallah..

Orang terkaya, ternama, berkedudukan baik semuanya memusuhinya.. sedangkan pengikut Islam cuma orang-orang yang lemah dan tertindas.. hidup mereka masih bergantung kepada kabilah dan tuan masing-masing. mereka dizalimi dengan teruk.. penentangan yang diterima begitu keras namun mereka tetap terus berpegang teguh dengan keimanan..

betapa pun hebatnya ujian hidup ini, ia tidak akan membahayakan kita selagi mana Allah tidak menulisnya akan membahayakan kita.. jadi, mengapa kita takut? mengapa kita bimbang? mengapa kita ragu?

Apa yang kita takutkan di dunia ini kalau kita hidup dengan Allah?

Ketakutan, kebimbangan dan ragu-ragu hanya timbul apabila kita tidak mengerti hakikat hidup dan mati. orang yang penakut adalah mereka yang menyangka hidup ini terletak pada jasad yang wujud di hadapan mata kasarnya.. boleh disentuh dan memerlukan makanan untuk bertenaga.. kalau itulah definisi sebuah kehidupan, pada sekujur badan, dan mati adalah perkara yang paling ditakutkan...

adakah mati itu boleh dielakkan?


ada orang mati ketika tidur, ada orang mati ketika melakukan maksiat, ada orang mati ketika bergaduh, ada orang mati kerana terjatuh, ada orang mati ketika bekerja... menyorok bawah rumah atau di dalam almari pun tetap akan mati akhirnya

tetapi orang yang berjuang di jalan Allah, mengorbankan hidupnya demi mempertahankan keyakinanya kepada Allah yang Esa, maka matinya menjadi syahid..

kematian kerana mempertahankan akidah ini tidaklah habis begitu sahaja.. badan ini berasal dari tanah dan akan kembali menjadi tanah.. tetapi perjuangan yang di bawanya tidak akan mati dengan kematian pejuang itu..


'Tegaklah mempertahankan pendirian mu

di dalam hidup ini dalam keadaan berjuang.

kerana hidup itu adalah akidah dan perjuangan.'

-syair Ahmad Syauqi-



p/s : hidup ini sangat terbatas... dan mati mudah benar datangnya...

No comments:

Post a Comment