Soalan 1 : pendapat tentang istikharah
1. Jawapan istikharah itu tidak semestinya melalui mimpi
Terus terang saya katakan tak ada satu keterangan pun yang menjelaskan bahawa hasil solat istikharah ialah sebuah mimpi..
2. Istikharah membuka hati seseorang dalam melakukan sesuatu
beberapa orang imam termasuklah Imam Nawawi menyatakan bahawa hasil solat istikharah tu, orang tersebut akan dibukakan hati untuk menerima atau melakukan sesuatu hal..
Ada juga ulama yang menentang pendapat ni..
3. istikharah memberi ketetapan hati melakukan sesuatu yang telah diazamkan.
Antaranya ialah Al- ‘iz ibn Abdis-Salam, Al-Iraqi dan Ibnu Hajar.. Menurut mereka orang yang telah bersolat istikharah hendaklah melakukan perkara yang telah mereka azamkan tanpa mengira samada hati mereka terbuka atau tidak.. kerana sesungguhnya kebaikan ada pada kebaikan yang perkara yang mereka lakukan meskipun hati mereka tidak terbuka..
*untuk lebih jelas sila rujuk kitab Thabaqat Asy-Syafi’iyah oleh Ibnu As-Subki pada jilid 9 halaman 206*
Saya nak tekankan bahawa solat istikharah bukan satu-satunya kaedah pertimbangan yang kita gunakan dalam membuat sesuatu keputusan..
Saya ambil contoh dalam konteks jodoh.. kita tidak boleh hanya pejam mata, solat istikharah dan kemudian menunggu jawapan dari Allah.. Yang ini bukanlah ajaran yang diajar Rasulullah saw..
Kita perlu menggunakan akal kita dalam menimbangkan latar belakang agamanya, paras rupanya, keturunannya dan hartanya.. berilah keutamaan kepada yang beragama supaya kita selamat..
Soalan 2 : bolehkah istikharah kita tersilap?
Istikharah itu tidak tersilap.. tetapi kita yang salah faham terhadap konsep istikharah itulah yang tersilap… J ini kerana sebelum kita istikharah kita kene fikir dan pertimbangkan sesuatu menurut akal yang rasional.. kemudian kita memohon diberi yang terbaik melalui istikharah.. dan tak semua perkara yang kita sukai dan nampak indah itu adalah yang baik untuk kita… bila Allah telah memilih kita menerima kesudahan yang pahit, itu bukanlah bermakna istikharah itu tersilap.. itu membawa makna kepahitan itu adalah yang lebih baik untuk kita pada pandangan Allah…
No comments:
Post a Comment