Tuesday, April 16, 2013

Memaknai jalan dakwah ini

Kehidupan ini, terlalu banyak rencamnya. Lagi lama kita hidup, lagi ramai orang kita temui, kita dapat melihat filem dan video kehidupan yang amat berbeza sekali. Episodnya sering berubah-ubah, samada drastik mahupun perlahan-lahan.Sama ada kisah ceritanya seperti apa yang kita mahukan mahupun tidak. Di sepanjang perjalanan dakwah ini, apa yang selalu kita cari dan inginkan adalah : kebahagiaan berada dalam lindungan Allah. Itulah dia kemanisan apabila berada di dalam tarbiyyah. BAhagianya sukar diungkapkan. Duka dan luka seakan sembuh apabila mendengar bait-bait hikmah diputarkan lewat bibir sang murabbi, akhirnya ia singgah di hati ini. Merawat luka dan membasuh duka.
Benarlah kata-kata Ibnu Jauzi rahimahullah:‘ Ketika menuntut ilmu, segala penderitaan yang aku alami terasa lebih manis daripada madu’.Begitulah kita belajar menghargai guru setelah mengenali jalan dakwah ini. Pada mereka, kita curahkan rasa cinta dan sayang padanya. KErana melalui perantara merekalah, kita merasai nikmatnya madu tarbiyah itu. Namun, apa yang menjadi idola, apa yang diimpikan, tidak semestinya hadir pada permukaan kehidupan kita.Seringkali apa yang kita cari, tidak ditemui. Jika dapat bertemu sekalipun, hanyalah serpihan daripada apa yang kita mahukan. Lantas kita sering menghadap dada facebook dan twitter yang menyebabkan kita sering termangu:‘ apa yang membuatkan org itu hebat ye?’‘ Status dia selalu orang share. Aku tak tahu nak tulis apa sampai orang boleh manfaatkan status aku’Ataupun sering kita melihat diri kita sendiri, alangkah jauhnyaaaaaaaaaa diri kita dari mencapai kehebatan orang lain yang seusia dengan kita tapi sudah jauhhhhhhhhhh berlari di jalan dakwah ini. Apatah lagi jika orang sebegitu pun lebih hebat dari sudut pencapaian duniawinya. Dan kita terus mencari ‘rasa’ itu. ‘ Rasa’ yang telah hilang dari diri kita. Kita melihat ada tak manusia yang sudi mengisi, namun apa yang kita dapati jawapannya mengecewakan.Apa yang mampu kita lakukan di tika ini?Pada waktu dakwah menuntut kita untuk menjadi kuat, kita tahu betapa lemahnya kita..Pada waktu mutarabbi kita mengharapkan siraman hidayah membasuh relung hati mereka,  kita tahu, betapa keringnya juga hati kita.Pada waktu amal dakwah terlalu banyak perlu dilakukan, segala amal itu seolah menjadi rutin yang membekukan hati kita.Dan akhirnya kita menemui jalan buntu.Permasalahan ini berlaku di serata dunia dan tempat.kita  cuba mencari mana-mana kawasan di mana kegembiraan mewarnai seluruh juzuk ahlinya. kawasan yang merasai bahagia dan tenang dengan apa yang dimiliki oleh hati para rijal mereka. TErnyata, bilangannya sedikit cuma.Rata-rata kita berada di dalam perjuangan untuk menjaga iman kita. A constant struggle. Untuk memelihara momentum dakwah yang mampu sahaja surut dan menumbangkan kita. Malah, kita sudah tidak rasa apa yang dahulu kita rasa.Rasa kelestarian dalam dakwah.Entah kenapa, kehidupan di Malaysia ini, amat mencabar sekali.Amat merbahaya juga.Ini kerana, kita tak perasan bila kita futur.Kita tak perasan iman kita sudah luntur.Kita tak perasan yang diri kita sudah berubah, dan kita lupa keindahan rasa bersama ukhuwah dan tarbiyyah.Kita rasa ‘tak apa’, atas alasan pelbagai untuk membenarkan apa yang kita buat.Murabbiku pernah mengajarkanku:‘ Orang paling merbahaya dalam menuntut ilmu adalah orang yang di pertengahan ( antara alim dan jahil). Mereka yang tak habis belajar atau belajar separuh jalan. Mereka ini sering memutar belitkan ilmu mereka tahu utk kepentingan peribadi mereka.’Inilah antaranya adalah kita yang berada dalam saff tarbiyah ini. Kita baru belajar sedikit, tapi kita sudah mampu mendabik dada menggunakan nas-nas yang kita pelajari utk menghalalkan apa yang nafsu kita mahukan. Serta pelbagai lagi alasan kita pada manusia tapi sebenarnya kita telah tertipu dengan alasan tersebut, menyebabkan kita rasa ‘ok’ dengan diri kita. Termasuklah merasai ok dengan kadar amal ibadah dan dakwah kita.Hanya cukup sekadarnya.Hanya cukup sekadar ada.Hanya cukup mengisi ruang kosong masa kita.Sedangkan begitu banyak lagi masa kita tak digunakan untuk membina diri mahupun orang lain.Akhirnya… mereka bertemu dengan dunia realiti..akhirnya.. ujian itu begitu berat untuk mereka tanggungi.Dan akhirnya, mereka memilih jalan mereka sendiri.Alangkah sedihnya..And it is not easy at all.. untuk melalui kehidupan ini.. untuk terus istiqamah.Ulama sendiri mengatakan:‘ manusia ini, walaupun dia baik, tapi dia tak berada dalam keadaan menuntut ilmu, dia pasti akan cenderung kepada maksiat. Kerana hakikat hati kita adalah begitu’.Our family is not anymore our friends. It is our own family yang kita amat struggle utk bentuk bi’ahnya di rumah.Maka kuatkanlah imanmu kepada Allah.ikhlaskan niat kamu mengikuti jalan ini hanya kerana Dia.Rasailah pergantunganmu hanya kepada Dia sahaja.No matter how much you have others ( ikhwah dan akhwat) to help u, you actually have only Allah by your side.Kehadiran mereka menceriakan hari -hari anda, tapi kekuatan anda, solely hanya datang dari Dia.Ibnu Rejab pernah menyebut:” BArangsiapa memelihara ketaatan kepada Allah di waktu mudah dan masa kuat, maka Allah akan memelihara kekuatannya di saat tua dan lemah. Ia akan tetap diberi kekuatan pendengaran, penglihatan dan kemampuan berfikir serta kekuatan akal.’.Hakikatnya di bumi Malaysia ini, kamu perlu lebih strong and lebih agresif dalam mencapai gagasan dan cita-cita yang amat besar sekali. Kebanyakan kamu mengenali dakwah ini seawal usia universiti sedangkan umur dakwah di Malaysia lebih lama dari umurmu. Alangkah ruginya masa-masa yang berlalu tanpa kita mengenali dakwah.Ilmu dan kemahuan yang kuat,adalah rahsia izzah orang muslimsekaligus kunci keberhasilan mereka mengungguli umat lain- syair Md Ahmad Ismail al-MuqaddamJadilah orang berfikiran besar agar kamu tidak sibuk dengan perkara yang kecilBerfikirlah siang dan malam bagaimana untuk menyelamatkan diri dan umat ini dari jahiliyah, agar waktu-waktu senggangmu tak dipenuhi dengan nilai yang kecil di sisi Allah dan manusia. Gunakan waktu keemasan untuk menuntut ilmu secara berterusan tanpe henti. Dan di situ Allah akan temukan kamu dengan kemanisan.Benar, hidup di malaysia amat hay-wire. Kita jadi hilang arah dan fokus. Terkadang, perlu lama tafakur sebelum mengorak langkah agar tak tersasar. DAn di situ, kita hanya ada Allah sebagai tempat bergantung.Shbt2 yg dicintai kerana Allahtidak ada kepahitan yang lebih pahit dari melihat teman seperjuangan kita sudah memilih kehidupan yang berbeza dari kita.tidak ada rasa hati yang menyedihkan selain dari ketika kita melihat mata mereka, kita rasa amat jauh, jauhhhhhh dari mereka…tidak ada rasa terkilan yang lebih perit, melainkan apabila kita melihat gambar dan video yang ada wajah mereka di dalamnya, namun mereka tidak lagi semeja dengan kita di dalam daurah mahupun usrah.Alangkah sedihnya perkara itu.I dont know how to say this.but u have to strong.Very strong.No matter what happens to you and your life.no matter what.Presevere. BErtahanlah.Kehidupan ini  perit. tapi Allah pasti janjikan kebahagiaan di penghujung jalan ini… ,Impian kita amat besar. Kita mahu menakluk dunia ini dengan Islam. Kita mahu junjung Islam ini agar berdiri memerintah negara kita. Dengan itu, kita harus lepaskan kesenangan dan kerehatan kita, menuju perjuangan tanpa hentinya.Kata Imam Ibnu Daqiq:‘ Mahu tak mahu tubuh kita harus bersusah payah demi berkhidmat pada tugas dan kewajipan.’Moga kita semua tetap istiqamah di atas jalan ini. Selamanya hingga ke syurga insyaallah


Monday, October 22, 2012

Gagalkah Perjuangan Ini?


    Dalam melangkah kadang kita tersungkur beberapa kali.. kadang kita terluka dan menangis.. namun itu bukan bermakna perjalanan kita telah berakhir.. selagi belum sampai ke destinasi, selagi itulah kita akan terus melangkah.. begitulah juga kehidupan ini.. biarpun lelah dengan payah jerih kehidupan, perjuangan akan tetap diteruskan..

kita takkan mampu memuaskan hati semua orang.. apatah lagi di antara kita semua ada banyak perbezaan pandangan dan pendapat.. kita takkan mampu melakukan semua yang kita rancangkan.. apatah lagi jika kita bergerak bersendirian.. berkongsi hidup dengan manusia lain melatih jiwa kita menjadi kental.. melatih hati kita menjadi kuat.. mengajar kita cara merawat luka di hati.. kadang tanpa sengaja kita melukakan hati orang yang kita sayang.. kadang tanpa sengaja jugalah orang yang kita sayang melakukan hati kita.. kadang maksudnya bukan begitu.. tetapi dek kerana tidak pandai menyusun ayat telah melukakan hati yang menerima..

belayar bahtera di lautan luas.. seorang nakhoda akan memberi perintah sepanjang bahtera tersebut belayar.. apabila ada dua bahtera, pastinya akan ada pertelingkahan..

tak semua orang mampu membaca diri kita.. kebanyakkan orang Tersalah membaca dan mentafsir diri kita.. kadang-kadang kita perlu perjelaskan situasi sebenar.. kadang2 diam itu lebih baik.. masa bila perlu kita perjelaskan situasi? bila kita rasa jika disimpan lebih memburukkan keadaan.. bila perlu kita berdiam? bila kita rasa jika hal ini diperjelaskan akan memburukkan keadaan..
berkata benarlah walaupun pahit ..

sedih melihat kekejaman manusia yang sanggup menikam dari belakang.. di depan mulutnya manis.. semua manusia membenci sifat ini, tetapi pelik kerana mereka sendiri mengamalkannya..

jangan takut ye kawan2.. jangan sedih ye kawan2.. jangan kerana mulut berbisa tu kita terhenti di tengah jalan..
ingatlah Allah, Dia ada dekat dengan kita, pada setiap saat dan masa.. Dia sebaik-baik pelindung.. Berdoalah kepadaNya agar keaiban kita dunia akhirat ditutup..

kadang2 bila berada di tempat pimpinan, insan lain seolah terlupa yang kita juga manusia biasa..kesabaran kita diuji bersungguh2 seolah kita tiada perasaan.. takpelah..
kita tak berada di sini untuk memuaskan hati mereka.. tetapi kita di sini kerana melaksanakan amanah.. kerana tanggungjawab.. yang perlu dilaksanakan sebaik2nya dengan bersungguh2...!

apa yang telah berlalu biarkan ia pergi.. apa yang ada hari ini, hargai ia sebaiknya.. dan apa yang akan berlaku pada hari esok, rancang sebaiknya..

kembalilah kepada Allah, punca hati menjadi tenang.. kita takkan mati hanya kerana manusia bencikan kita.. kita takkan terseksa hanya kerana jasad kita sakit.. kita takkan gagal hanya kerana manusia menolak kita..

tetapi

kita GAGAL apabila Allah membenci kita..

kita GAGAL apabila hati kita dibiarkan berterusan sakit..

kita GAGAL apabila kita menodai kepercayaan orang pada kita..
mengapa?
kerana ciri seorang pemimpin yang utama ialah thiqah, dipercayai.. itulah juga ciri seorang pendakwah yang penting..
mana mungkin kita dapat menyampaikan apa yang kita ingin beri seandainya kita telah menodai kepercayaan mereka...

wahai sahabat yang dikasihi.. janganlah dikecai-kecaikan hati mereka yang datang kepada kita kerana karisma kita..
bimbinglah mereka..
didiklah mereka..
jagalah hati-hati itu..
menjadi seorang pemimpin yang berfikrah dakwah perlu kental jiwanya..

kita masih belajar...
belajar untuk bekorban agar orang lain tak terkorban...
dan belajar menghargai pengorbanan insan lain
agar diri ini tidak sombong..



persoalannya..

adakah kita, keluarga kita dan orang sekeliling kita turut mempunyai semangat jihad ini?
Lihat, Hadith Riwayat Abu Daud, hadith ke-4284, Bab 32 (Perang):
Dari Thawban bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda:
“Di akhir zaman nanti, umat Islam akan diserang oleh musuh-musuhnya
seperti manusia lahap yang berkongsi menjamah hidangan.”
Tanya sahabat: “Adakah mereka sedikit jumlahnya?”
Jawab Rasulullah s.a.w.: “Tidak, malahan lebih ramai. Tetapi mereka seperti buih-buih di lautan, hidup sia-sia. Kerana mereka dijangkiti al-Wahn.
Sedangkan musuh-musuh mereka Allah s.w.t. cabut ketakutan dari dada-dada mereka terhadap umat Islam ketika itu.”
Tanya sahabat lagi: “Apakah al-Wahn itu wahai Rasulullah?”
Jawab baginda: “Cintakan dunia, takutkan mati.

Wednesday, March 28, 2012

Luahan Pada Allah Atau Di Rangkaian Sosial?.Facebook?

Rangkaian Sosial sememangnya satu fenomena yang drastik berlaku seiring dengan perubahan zaman yang serba canggih ini. Tatkala memasuki zaman berinternet ibarat dunia tanpa sepadan tambahan dengan pelbagai jenis interaktif dan penarikan yang menjadikan internet lebih menarik dan mengikuti kitaran kehidupan.

Sama juga dengan adanya Rangkaian sosial seperti Facebook, Twitter, Myspace dan sebagainya. Ia menjadikan dunia ini sememangnya tanpa sempadan dan tanpa sempadan manusia menjadi alpa dengan sempadan-sempadan dan peraturan yang Islam telah tunjukkan.


Luahan masalah atau ketidakpuashatian terhadap seseorang atau perkara lain sekalipun, adakah berbaloi jika kita mengatakan di Rangkaian Sosial seperti facebook. Ya, facebook memang terkenal dengan salah satu fungsi nya iaitu 'wall' dimana pengguna boleh meluahkan apa yang mereka rasa dan apa yang mereka sedang fikirkan. Sebagai seorang muslim, tidaklah bila kita memasuki dunia tanpa sempadan ini, habis punah semua sempadan yang telah digariskan oleh islam. Tetapi kita masih mengekalkan agar hati kita, akidah kita, agama kita masih tetap bersempadan didalam sanubari seseorang muslim.
Perkara yang menjadi isu dalam luahan pada sesuatu itu ialah yang membabitkan aib seseorang lalu diceritakan di rangkaian sosial. Berdasarkan hadis nabi :


"Barang siapa melepaskan seorang mukmin dari kesusahan hidup di dunia, nescaya Allah akan melepaskan darinya kesusahan di hari kiamat, barang siapa memudahkan urusan (mukmin) yang sulit niscaya Allah akan memudahkan urusannya di dunia dan akhirat.Barang siapa menutup aib seorang muslim, maka Allah akan menutup aibnya di dunia dan akhirat. Allah akan menolong seorang hamba, selama hamba itu senantiasa menolong saudaranya. Barang siapa menempuh perjalanan untuk mencari ilmu, maka Allah akan memudahkan jalan baginya menuju surga. Tidaklah suatu kaum berkumpul di salah satu rumah Allah untuk membaca Kitabullah dan mempelajarinya bersama-sama, melainkan akan turun kepada mereka ketenteraman, rahmat Allah akan menyelimuti mereka, dan Allah memuji mereka di hadapan (para malaikat) yang berada di sisi-Nya. Barang siapa amalnya lambat, maka tidak akan disempurnakan oleh kemuliaan nasabnya."(HR Muslim)


Berdasarkan hadis ini kita boleh mengambil satu ayat iaitu "Barang siapa menutup aib seorang muslim, maka Allah akan menutup aibnya di dunia dan akhirat". Aib bermaksud cacat cela, salah, atau hinaan. Berdasarkan konteks hina ini, jika seseorang itu salah dan berdosa lalu diceritakan di rangkaian sosial tidakkah itu salah satu daripada membuka aib seseorang itu.


Tidak kisah jika kita berkata nama mahupun tidak, tetapi menceritakan aib itu, akan member kesan jika orang itu, atau orang lain membacanya. Maka akan menimbulkan lagi komplikasi didalam satu permasalahan kerana satu pihak yang tidak mahu berbincang dan menyelesaikan, malah lebih selesa di cerita di rangkaian sosial dan membiarkan khalayak rakannya membacanya. Tindakan ini akan mengeruhkan lagi keadaan, malah boleh membabitkan pergaduhan antara muslim dan sahabat.Tidak salah jika menceritakan aib itu, tapi jika tiada diberikan nama dan bertujuan untuk menasihat dan memberi pengajaran pada yang lain.


Tidak mengapa, kerana didalam al-Quran sendiri Allah ada meriwayatkan kisah-kisah buruk kaum terdahulu agar dijadikan tauladan dan pengajaran oleh setiap muslim di muka. Akan tetapi jika sesuatu aib itu diceritakan sungguhpun jika tiada nama diletakkan dan hanya mahu meluahkan perasaan. Nauzubillah, banyak kesan buruknya, malah bukan menyelesaikan dan meredakan malah akan menambahkan lagi kesan buruk.
Pelbagai lagi luahan yang sering kali kita baca di rangkaian sosial seperti makian, caci, hina, kritikan yang tidak membina malah menjatuhkan air muka seseorang sehingga berlaku sesuatu yang diluar jangkauan. Ini semua hanya memberikan kesan negative tiada satu pun kesan positif jika difikirkan meluahkan sesuatu dalam memberikan keringanan didalam hati. Tidak!. Adakah dengan menulis sesuatu di rangkaian sosial tersebut akan memberikan kita jawapan?. Tidak!


Adakah lebih baik jika kita meluahkan di rangkaian sosial dengan kebesaran dan keindahanNya ciptaan Allah tatkala setiap patah perkataan itu akan diselitkan Allah, dan menyebut nama Allah disetiap perbualan akan membersihkan lagi hati kita malah akan melembutkan lagi hati kita. Berkongsi ilmu kerana Allah dirangkaian sosial dapat juga kita pahala berterusan, Ilmu yang disampaikan akan digunakan malah di teruskan penyebarannya diberikan pahala berterusan dan sehingga kiamat. Sebagaimana hadis nabi :


Dari Abu Hurairah r.a. bahawa Nabi Muhammad s.a.w. bersabda: "Apabila seorang manusia mati, putuslah (tulisan pahala) amalan (setakat itu) Kecuali tiga perkara (yang akan berlanjutan tulisan pahalanya) iaitu sedekah jariah atau ilmu memberi kepada yang faedah orang lain atau anak yang soleh yang berdoa untuknya."(Hadith Sahih – Riwayat Imam Ahmad)



Kita diciptakan oleh Allah dengan satu tujuan mencari keredhaanNya dan menyembahnya sehingga nafas yang terakhir. Adakah rangkaian sosial itu yang memberi kita rezeki?, petunjuk?, jawapan kepada setiap persoalan dan permasalahan?, adakah ianya dapat memberikan kita kegembiraan didunia mahupun di akhirat kelak. TIDAK!. Hanya Allah yang kita sembah, kita takuti, dan kita luahkan segalanya didunia ini. Sungguhlah malang jika kita menyutukan Allah dengan melupakanNya bahawa Dia lah tempat kita mengadu, menatap dan menangis kesusahan kerana Dialah yang boleh mengubah itu semua. Bukan Rangkaian Sosial!. Bukan dengan menulis sesuatu di situ.

Oleh itu, kita sendiri yang menentukan samada kita bersosial di dunia tanpa sempadan ini menambahkan pahala, melembutkan hati kita, mendekatkan diri kita pada Allah atau menjauhkan kita, mengeraskan hati, menambah dosa kita pada Allah. Dengan ilmu dari Allah yang diberikan pada manusia sebenarnya Allah memberikan kita lebih banyak jalan untuk memperoleh keredhaannya dan hanya hambanya yang betul-betul ingat akanNya dan menggunakan kelebihan itu untuk mendekatkan diri kepadaNya.



Artikel iluvislam.com

Tuesday, October 25, 2011

Mengapa Selalu Fikir Tentang Cinta dan Hati?

Hati dan perasaan cinta merupakan satu fitrah insaniah tidak kira sesiapapun. Manusia perlukan cinta dan memerlukan kasih sayang. Perasaan untuk mencintai kepada lawan jantina memang tidak dinafikan, ia merupakan sesuatu yang perlu bagi setiap manusia.

Tapi, mengapa kita terlalu sibuk memikirkannya?

Adakala setiap masa dan waktu kita fikirkannya,

Sampai satu tahap, jika sentiasa memikirkan hal ini, kita pasti akan terjebak dalam "couple".Bukankah couple itu sebuah jalan yang penuh dengan liku-liku yang salah?

Jika anda masih belum mampu, jangan sekali bermain dengan perasaan. Ia tidak akan membawa kemana-mana. Perjalanan masih terbentang jauh.

Jodoh?

Bukankah Jodoh itu telah ditetapkan oleh-Nya?

Anda punyai misi untuk islam. Mengapa mudah goyah kepada perasaan dan cinta. Ramai yang mengatakan "aku mahu berkahwin, bernikah" tetapi dimanakah persediaan kita? untuk menjadi isteri kepada seorang suami atau suami kepada seorang isteri?

Ia bukanlah sebuah perkara yang mudah. Adakah ia hanya sebuah keseronokan? Untuk merealisasikan mimpi indah? Tidak. Ia satu tanggungjawab yang akan ditanya oleh Allah SWT suatu ketika nanti. Adakah kita telah melaksanakan tugas sebagai khalifah dengan sebaik-baiknya

Mari Menjadi Hamba kepada pencipta

Menjadi sebaik-baik hamba memerlukan pengorbanan bukan hanya pada kata-kata. Jika kita imbas kembali bagaimana sahabat-sahabat rasulullah yang sentiasa memperbaharui dan meningkatkan Iman mereka. Keyakinan mereka adalah di tahap yang tinggi. Mereka melihat syurga di hadapan mereka. Amal yang mereka lakukan adalah semaksimum yang mungkin.

Bukan seperti kita? Mengimpikan syurga tetapi kita hanya bermimpi tanpa mempertingkatkan amal. Sedarlah! Hidup ini satu perjuangan. Jadi, berusahalah Untuk Menyihatkan IMAN!

Jangan terlalu fikirkan cinta

Cinta dan perasaan satu keperluan. Tetapi kita mesti pandai menguruskannya. Bercintalah tetapi melalui jalan-jalan yang Islam telah tunjukkan. Buat persediaan, dan lakukan ta'aruf dan seterusnya. Islam itu dipenuhi cinta dan kasih sayang, tapi banyak cinta dan kasih sayang yang menyimpang dari islam kerana kita tidak menghayati Islam sepenuhnya.

Jom sama-sama kita mencari cinta dan RedhaNya.

Lihatlah cinta yang sebenar ini!

Dari Abu Hurairah r.a katanya, Rasulullah s.a.w bersabda:

"Sesungguhnya ALLAH TA'ALA berfirman pada Hari Kiamat kelak; mana orang-orang yang saling mencintai kerana keagungan-KU? Hari ini KU-naungi mereka, di mana tidak ada naungan yang lain selain naungan-KU."

Monday, October 24, 2011

Cinta Islamik?

Memang sudah menjadi naluri remaja untuk bercinta dan dicintai. Sudah menjadi kebiasaan mereka apabila mereka yang dilamun cinta ini menjadikan agama sebagai landasan bagi menghalalkan percintaan sebelum perkahwinan yang sudah terang-terangan haram dalam Islam. Antara ayat-ayat yang kerap mereka ucapkan seandainya berbicara tentang cinta adalah:

'ala..aku couple dengan dia sebab nak tolong dia berubah..'

'saya cintakan awak kerana Allah..'

'Kita couple tapi bukan buat maksiat pun..'

Firman Allah S.W.T:

"Dan janganlah kalian mendekati zina; Sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji. dan suatu jalan yang buruk." (Al-Israa': 32)

Allah menurunkan ayat ini kerana iman manusia ada turun naik nya, mungkin hari ini iman kita setebal tembok batu tapi mungkin keesokannya iman kita menjadi lebih nipis daripada kulit bawang. Bagaimana kita bisa menjamin kekuatan iman kita sedangkan kita mendekati zina? Bercinta atau lebih tepat ber'couple' sebelum adanya ikatan perkahwinan yang sah adalah landasan utama yang akan mendekatkan diri kita dengan zina. Bermula dengan perasaan sayang yang konon-konon berlandaskan agama, secara automatik perasaan rindu akan terbit. Rindu ini akan membelenggu minda dan menjadikan kita alpa.

'macam mana nak cakap dengan dia ni? Aku sayang dia!'

'kalau minta 'break', nanti dia sanggup tunggu aku ke?'
'

'tak apa kot, kami bukan macam pasangan lain,kami jaga pergaulan walaupun 'couple'

'kita couple ni kan sebab nak berubah sama-sama. Tak salah..'

Sahabat, andai percintaan ini berjaya berakhir dengan pernikahan yang sah sekalipun ia terbina atas dasar maksiat. Kesannya?. Nauzubillah! Hanya Allah sahaja yang mengetahui segala-galanya.

Menolak cinta sebelum adanya pernikahan yang sah tidak bermakna kita perlu beserah 100% tanpa usaha. Usaha yang perlu kita lakukan adalah dengan menjadi hamba Allah yang terbaik dan sentiasa berdoa kepada-Nya. Sebagaimana janji Allah yang berbunyi, Allah menciptakan lelaki yang baik adalah untuk perempuan yang baik. Begitulah juga sebaliknya.

Firman Allah di dalam Surah An-Nur:

"dan wanita-wanita yang baik adalah untuk laki-laki yang baik dan laki-laki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik (pula)." (Al-Nur 24 :26)

Iya, untuk sabar dan menolak sesuatu yang telah menjadi 'realiti kehidupan' ini memang pahit, tapi yakinlah bahawa buahnya sangat manis. Insya-Allah! Ayuh! Kita sibukkan diri agar dapat kuatkan diri dan hati. Ayuh! Kita ubah prinsip, andai sebelum ini kita jadikan agama landasan untuk menghalalkan apa yang haram, sekarang kita jadikan agama sebagai landasan menolak untuk mengadakan hubungan percintaan sebelum pernikahan. Ayuh! Kita abadikan doa ajaran Rasulullah ini dalam sujud ;

"Ya Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami pasangan kami dan keturunan kami sebagai penyenang hati (kami), dan jadikanlah kami pemimpin orang-orang bertaqwa" (Al-Furqan 25:74")

Ingatlah! percintaan selepas adanya ikatan perkahwinan yang sah akan mendapat keberkatan Allah, mawaddah warahmah akan kekal subur dan sentiasa mekar dalam keberkatan.

Tuesday, June 21, 2011

Beribadahlah Sepanjang Rejab dan Syaaban

Rejab dan Syaaban merupakan antara bulan yang cukup istimewa dalam takwim Hijrah. Ketika ini ramai yang berpusu-pusu mengerjakan ibadah malam. Antara tujuannya adalah untuk meraih keredaan dan rahmat dari Allah SWT.

Namun sayangnya, ada antara segelintir umat Islam yang kurang arif tentang apa sebenarnya yang membuatkan bulan ketujuh dan kelapan dalam kelendar Islam ini amat istimewa. Menurut Prof Madya Dr Nik Mohd Rosdi Nik Ahmad, keunikanRejab terletak pada kejadian Isra' Mikraj yang berlaku pada bulan tersebut. Sementara Syaaban pula sudah tentu padaNisfu Syaabannya.

"Isra' Mikraj berlaku pada 27 Rejab. Pada bulan tersebut, Rasulullah SAW kehilangan ramai orang tersayang. Ini menyebabkan baginda berdukacita. Jadi bagi menghilangkan kesedihan di hati nabi, Dia menjemputnya datang berjumpa dengan-Nya. Ini membuatkan rasa sedih itu terhenti," terang Prof Madya Dr Nik Mohd Rosdi.

Dalam peristiwa Isra' Mikraj, Jibril membawa Rasulullah SAW dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa di Palestin dan kemudian ke Sidratul Muntaha dengan menunggang Buraq. Hal ini diceritakan oleh Allah menerusi firman-Nya dalam surah Al Israak ayat 1 yang bermaksud:"Maha Suci (Tuhan) yang memperjalankan hamba-Nya (Muhammad) pada malam hari dari Masjidil Haram ke masjid yang amat jauh (Batul-makdis), yang telah kami berkati sekelilingnya, supaya Kami perlihatkan kepadanya sebahagian ayat-ayat (tanda-tanda kekuasaan) Kami."

Sambung Prof Madya Dr Nik Mohd Rosdi, kejadian Isra' Mikraj tidak boleh dilihat berdasarkan zahir memandangkan rahsianya yang sukar untuk dibongkar. Namun, jika ditinjau dari sudut simbolik, sudah tentu ia memberikan begitu banyak pengetahuan dan pengajaran yang berguna khususnya buat umat Islam. Tegas beliau lanjut, peristiwa tersebut membabitkan dua bentuk perjalanan iaitu dari bumi ke bumi dan bumi ke langit. Isra' adalah merujuk kepada perjalanan pada waktu malam, manakala mikraj berjalan ke atas langit.

Saturday, June 11, 2011

Musibah : Jalan Menuju Kebahagiaan

Musibah seringkali ditakrifkan sebagai ujian, bencana, atau balasan daripada Allah SWT. Pelbagai bentuk musibah berlaku seperti kehilangan orang yang disayangi, kemusnahan harta benda, keruntuhan rumahtangga, kegagalan dalam perencanaan atau sebagainya. Impak daripada musibah ini boleh merubah situasi seseorang bergantung kepada tahap penerimaan mereka.

Sekiranya diterima secara positif, maka musibah dapat memberi kesan yang baik. Akan tetapi sekiranya individu yang ditimpa musibah mengambil peristiwa itu secara negatif maka ia boleh jadi membawa kehancuran yang merugikan. Oleh itu, kita seharusnya mendalami situasi musibah itu supaya ia dapat membawa kesejahteraan.

Apakah yang harus kita lakukan apabila ditimpa masalah atau musibah ? Apakah dengan merasa sedih, keluh kesah dan membinasakan diri sendiri dapat menyelesaikan sesuatu perkara. Jawapannya adalah dengan kembali kepada Allah.Ketahuilah dengan mengingati Allah hati akan menjadi tenang.Firman Allah SWT :

"Tiada sesuatu musibah yang menimpa seseorang kecuali dengan izinNya.. Dan barangsiapa yg beriman kepada Allah nescaya Allah akan memberi petunjuk kepada hatinya..."( At-Taghabun:11).

Kita seharusnya redha dengan apa yang berlaku kerana ia merupakan qada dan qadar daripada Allah. Seharusnya seseorang yang beriman tidak boleh mengatakan Allah itu tidak adil semata-mata kerana musibah yang menimpa dirinya begitu pedih untuk ditanggung. Kita tidak berhak untuk memilih dugaan atau musibah itu sesuai dengan kehendak kita.

Ini kerana Allah Maha Mengetahui atas tiap-tiap sesuatu. Allah berfirman di dalam surah Al-Baqarah ayat 216 yg bermaksud:.

"...Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi(pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu. Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui.".

Apabila Allah menimpakan musibah kepada kita, itu sebenarnya tanda Allah kasih kepada kita. Ia juga merupakan suatu ujian penilaian keimanan diri, sejauh mana kita benar-benar beriman atau keimanan kita begitu nipis sehingga hanya dengan sedikit dugaan, hati kita berubah.Cuba renungkan firman Allah ini:

"Dan, sungguh akan kami berikan cubaan kepadamu, dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan berikanlah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar." (Al-Baqarah:155).

Setiap manusia mempunyai titik tolak dalam kehidupannya. Maka apabila ditimpa musibah eloklah kita iktikadkan dalam hati, bahawa inilah titik permulaan dalam hidup kita. Barangkali musibah yang melanda merupakan suatu isyarat daripada Allah untuk kita bermuhasabah diri bagi membuat perubahan. Ringkasnya apa yang telah berlaku itu mempunyai hikmah yang harus di nilai. Kita harus memperbanyakkan beristighfar, membaca selalu innalillahhiwainnailaihirajiuun dan sebagainya.

Disamping itu, jadikan Alquran, sebagai teman. Berdoalah kepada Allah untuk memohon bantuan, dan diberikan keringanan dalam urusan. Firman Allah dalam surah Al-Mukmin ayat 60 yg bermaksud:

"Berdoalah kamu kepadaKu, nescaya akan aku perkenankan bagimu".

Bagi mengelakkan kita dari terus mengingati situasi sedih yang dihadapi maka kita hendaklah melakukan pelbagai aktiviti yang bermanfaat seperti melibatkan diri dengan aktiviti masyarakat, menghadiri ceramah, mengunjungi saudara mara dan sebagainya. Seterusnya kita hendaklahbertawakkal kepada Allah setiap masa dalam apa jua keadaan.Firman Allah dlm surah Al-Maidah ayat 23:

"...dan hanya kepada Allah lah hendaknya kamu bertawakkal jika kamu benar-benar beriman".

Jangan lupa mengadu kepada Allah sekiranya hidup seringkali ditimpa kegelisahan dan kesempitan. Maka ucaplah Hasbunallah Wanikmal Wakil yang bermaksud :, Cukuplah Allah menjadi penolong kami dan Allah adalah sebaik-baik pelindung.

"Sesungguhnya orang-orang yang bersabarlah sahaja yang akan disempurnakan pahala mereka dengan tidak terkira.".(Az-Zumar:10).

Sebagai kesimpulannya, tiada masalah tanpa penyelesaiannya. Kita harus mengkaji dan meneliti, sebagaimana setiap penyakit mempunyai penawarnya. Anggaplah musibah itu sebagai tiket untuk mendekati Allah dan sebagai jalan menuju bahagia. Ingatlah janji Allah di dalam surah Al-Insyirah bahawa sesudah kesulitan ada kemudahan.

Artikel iluvislam.com