Wednesday, December 9, 2009

suara dari dalam sangkar dunia

Di dunia ini nafsu kita terpenjara..
Di dunia ini nafsu kita meronta-ronta...
Ada kalanya apa yang ditagih oleh si nafsu itu memang jelas nampak buruknya.
Ada kalanya pula apa yang di mahukan oleh si nafsu itu terselit di sebalik nawaitu yang murni...

“Katakanlah:
“Jika kamu menyembunyikan apa yang ada dalam hatimu
atau kamu melahirkannya, pasti Allah mengetahui”.

Allah mengetahui apa-apa yang ada di langit dan apa-apa yang ada di bumi.
Dan Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu”
(Ali Imran 3:29).

sungguh..
adakalanya kita tertipu.
baiknya dipandang sedangkan buruk yang hakikatnya..
sungguh kita terpedaya..

kembali kepada fitrah insani..
kembali kepada susun atur yang telah Allah ciptakan..
fardu kifayah kita kejarkan sedangkan yang fardu ain tergadai..

“Wahai orang-orang yang beriman!
Janganlah kamu mengkhianati (amanah) Allah dan Rasul-Nya dan
(janganlah) kamu mengkhianati amanah-amanah kamu, sedang kamu mengetahui (salahnya)”

(Al-Anfal 8:27)

carilah keredhaan seribu malah sejuta makhluk..
namun tidak akan sama dengan redha seorang ibu..

Keredhaan Allah terletak pada keredhaan ibubapa
manakala kemurkaan Allah terletak pada kemurkaan ibubapa..
(hadis sahih al-Tirmizi)

laburlah kasih sayang malah wang ringgit pada seluruh dunia..
namun tidak akan hilang kewajipan memberi nafkah kepada anak dan isteri..


Setiap daripada kalian adalah pemimpin
dan setiap daripada kalian akan dipersoal akan apa yang dipimpinnya.
Seorang amir adalah pemimpin (kepada rakyatnya), seorang lelaki adalah pemimpin ke atas ahli keluarganya dan seorang wanita adalah pemimpin ke atas rumah suaminya dan anak-anaknya.
Maka setiap daripada kalian adalah pemimpin
dan setiap daripada kalian akan dipersoal akan apa yang dipimpinnya.
(Hadis sahih Al-Bukhari)

larilah ke mana yang kamu kehendaki..
menyoroklah di mana sahaja yang kamu mahu..
malaikat maut akan tetap menemui kamu..
kerana tiada sesiapa pun yang akan berjaya keluar dari dunia ini hidup-hidup...

adakah engkau memahami?
andai engkau memahami..
jadilah anak yang baik, sahabat yang baik dan wanita atau lelaki yang baik..

kerana kita ada anak-anak untuk melihat kita sebagai contoh mereka...


“Sesungguhnya Kami telah mengemukakan amanah
kepada langit, bumi dan gunung-ganang. Maka semuanya enggan untuk memikulnya dan mereka khuatir akan mengkhianatinya dan dipikul amanah itu oleh manusia”

(Al-Ahzab (33):72).

No comments:

Post a Comment